Friday, April 27, 2012

Online business? :/

Assalamualaikum readers!

Bismillahirahmanirrahim...

K, tiba-tiba pula saya terfikir nak buat online business. Saya nak jual pakaian saya yang dulu, yang dah tak muat, dan juga shawl saya...manalah tahu ada orang yang berminat kan? :) Boleh juga saya tolong ibu saya ringankan beban dia, sekurang-kurangnya saya boleh beli sesuatu dengan menggunakan duit saya sendiri, Insyaallah.

Insyaallah, saya akan buat satu lagi blog khas untuk jualan saya pada masa yang terdekat ni. Tapi, ada masalah kecik, harap-harap dipermudahkan oleh Allah, Amin. Assalamualaikum :D


                                                                                                                                      -@befarhanah


Monday, April 23, 2012

Jom bertakwa kepada Allah ^.^


Bertakwa kepada Allah bermaksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah S.W.T dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangannya :)

Takwa merupakan bekalan hidup yang paling baik dalam kehidupan manusia sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah di atas ^.^

Ciri-ciri mukmin yang bertakwa adalah ;

  • a) beriman dan beramal dengan ajaran Al-Quran
  • b) mendirikan solat lima waktu.
  • c) memberikan sebahagian rezeki ke jalan Allah.
  • d) beriman kepada hari akhirat.



Kelebihan-kelebihan orang yang bertakwa ;

  • 1. Dikasihi dan diredhai oleh Allah.
  • 2. Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
  • 3. Dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat.
  • 4. Sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian hidup.
  • 5. Memiliki akhlak yang mulia dan emnjadi contoh teladan kepada orang lain.



Ciri-ciri pelajar yang bertakwa ;

  • Rajin membaca dan mengulang kaji di rumah.
  • Menunaikan solat lima waktu pada waktunya.
  • Sentiasa dan memahami Al-Quran.
  • Berakhlak mulia dalam pergaulan.
  • Meninggalkan perkara yang mendorong melakukan maksiat kepada Allah.
  • Rajin menolong ibu bapa.
Sama-sama kita bertakwa kepada Allah okay, Insyaallah :)

                                                                                                                                             -@befarhanah



Thursday, April 19, 2012

Bila baru mahu berubah?


Assalamualaikum! :)

Berdasarkan tajuk di atas saya nak bercakap pasal "Perubahan" ^.^

Bila lah mahu berubah wahai saudara Islam ku? Hidup kita ni bukannya lama, bila-bila sahaja Allah boleh tarik nyawa kita. Baru-baru ni saya ada menonton sebuah video tentang seorang pemain bola yang dicabut nyawanya ketika sedang dalam perlawanan bola sepak. Sumpah, saya sangat tersentuh, lepas tu terus terfikir, bagaimana kalau Allah jemput saya lepas ni? Bagaimana kalau selepas ni giliran saya? Atau giliran kamu? Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk kembali ke jalan-Nya. Jadi apa salahnya kita berubah?

Solat
Perkara yang pertama yang perlu diubah adalah solat. Tolonglah solat. Solat itu sebenarnya perkara yang indah dan mudah. Solat tu boleh mencegah diri kita dari melakukan kemungkaran lagipun solat boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Banyak sebenarnya kebaikan solat ni. You can search it on google hehe. Tapi......banyak juga keburukannya bila kita meninggalkan solat ni.

Rasulullah S.A.W bersabda ; "Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan." H.R. Attabrani 

Aurat
Yang kedua, adalah AURAT! Bila bercakap pasal aurat, semua mesti terfikir pasal perempuan kan? Sebab perempuan memang WAJIB tutup aurat! Aurat wanita adalah kesemua anggota badan kecuali  MUKA & TAPAK TANGAN. So yeah, kaki itu juga adalah aurat, jadi ia wajib ditutup. Saya tahu banyak cabarannya, terutama cuaca yang panas sekarang ni. Tapi tak pe lah, demi cinta pada yang Esa, kita mesti berkorban. Lagipun ini untuk kebaikan diri sendiri dan juga keluarga kita sendiri. Pernah dengar ayat ni ; "Selangkah anak perempuan keluar rumah tanpa menutup auratnya dengan sempurna, maka selangkah itulah ayahnya hampir ke neraka." Kesian ayah kita kan, just because of us, dorang pun turut involved :(
Tapi bagi yang sudah tutup aurat tu, janganlah tutup separuh-separuh, maksud saya pakai baju lengan pendek, tudung singkat dll. Dan jangan lah pula ketat-ketat. Tak comel, lagipun berdosa sayangku :(

Allah berfirman,
 "Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Qs. Al-Ahzab: 59).

Pergaulan
Yang seterusnya adalah pergaulan. Kita sebagai muslimah mestilah menjaga maruah diri kita sebab muslimah ni "mahal"! Hanya orang yang layak saja yang boleh mendekatinya. Tidak kiralah di alam amay mahupun di dunia nyata kita wajib menjaga pergaulan kita. Jangan senang-senang saja memberi peluang kepada lelaki untuk mendekati kita, buruk padahnya. Walaupun ada urusan penting, kita mesti berhati-hati sebab nanti timbul fitnah ataupun zina hati. 


“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." -Surah An-Nur, 30.

Niat saya untuk menulis entry ni adalah untuk mentarbiyah sahabat lain dan juga diri yang hina ni. Sebab saya hanya manusia biasa, selalu lupa dan terpedaya dengan bisikan syaitan. Sama-sama kita muhasabah diri, Insyaallah dipermudahkan oleh Allah, Insyaallah ^.^

Kata-kata terakhir dari saya,

"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... InsyaALLAH... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.."  -Ustaz Azhar Idrus :)


                                                                                                                                             -@befarhanah


Monday, April 16, 2012

Orang yang cantik tu macam mana? :)

Bismillahirahmanirrahim...

Orang yang cantik itu ;

1. Melukis kekuatan melalui masalah
2. Tersenyum disaat tertekan
3. Tertawa disaat hati sedang menangis
4. Tabah disaat terhina
5. Mempersona kerana memaafkan
6. Mengasihi tanpa balasan
7. Bertambah kuat di dalam doa

Ya Allah! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah aku cantik dimata-Mu :')

Assalamualaikum ^.^
                                                                                                                                    -@befarhanah

Friday, April 13, 2012

Hijrahku ♥


Bismillahirahmanirrahim....

Pada zaman sekarang ni, macam-macam telah berlaku kepada umat Islam, terutama sekali golongan remaja. Remaja zaman sekarang seolah-olah telah dikaburi mata mereka oleh budaya-budaya dari barat...saya faham, sebab diri saya sendiri pun remaja, bahkan baru berumur 14 tahun dan Insyaallah akan meningkat kepada 15 pada bulan December tahun ni. Hehe, Saya sendiri pernah mengalami dan merasa apa yang berlaku pada remaja zaman sekarang.

Saya juga dulu jahil tentang ilmu agama, hanya sekadar tahu beberapa perkara saja. Saya juga sering membuka  aurat di hadapan semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita, saya juga sering meninggalkan solat tanpa berasa bersalah walau sedikit pun, tapi Alhamdulillah, Allah telah pun memberi hidayah dan petunjuk kepada saya.

Saya tahu disebalik sejarah silam saya yang hitam tu, terdapat himah-hikmah yang indah yang terselit :) Dari situ saya sedar yang hidayah tu perlu dicari bukannya ditunggu! Kalau saya tunggu, entah bila baru saya memulakan penghijrahan saya ni. Tidak perlu berubah secara mendadak sebab saya sendiri pun mengambil masa berbulan-bulan untuk menyesuaikan diri sebab banyak cabarannya! Allah nak uji kita, adakah berbaloi untuk kita diberi Hidayah oleh Yang Esa? :)

Wahai muslimah, hijrahkanlah diri mu sebaik mungkin, walaupun susah, tapi atleast kamu try okay! Yang penting usaha! Kalau tak usaha mcam mana mahu berjaya? Bak kata Ustaz Azhar Idrus  : "Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut." 


Kepada muslimah yang sudah pun berhijrah, kekalkan istiqamah, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua ^.^ Assalamualaikum.....


Salam sayang, 
-@befarhanah :)

Thursday, April 05, 2012

Allah itu Maha Pendengar, Alhamdulillah :')

Bismillahrahmanirrahim...

Assalamualaikum readers! Barakallahu fika :)

Alhamdulillah, Allah sudah makbulkan doa saya dengan memberikan saya rezeki dari-Nya iaitu Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid ^.^

Kenapa saya nak sangat Quran ni? Sebab Quran ni sangat comel dan mempunyai sejarah-sejarah wanita terdahulu seperti para isteri Nabi supaya saya boleh mengambil iktibar dan memperbaiki diri saya ke arah yg lebih baik lagi (Insyaallah) macam dekat bawah ni ;




oh, dan satu lagi sebab saya suka Quran ni adalah sebab dia..................berwarna pink :D Allahu, Allah saja tahu betapa saya suka warna pink!

Lepas tu, dalam dia pun comel juga :)

Saya memang bersyukur sangat-sangat bila Allah makbulkan doa saya!

Mula-mula sekali, kakak penjual tu ada hantar message dengan saya di FB dia kata "Salam dik, dah dapat ke mushaf? smlm dorang dah pos" Saya pun terkejut sebab, saya dah tunggu selama 2 minggu. Lepas tu, saya call ibu saya, ibu saya kata dah sampai :D Saya terus buat sujud syukur...sesungguhnya Allah itu Maha Pendengar, setiap doa hambanya pasti dimakbulkan, Dengan Izin-Nya :') Just don't stop praying! Jaga solat k! Hehe


So, If ada sesiapa yang berminat boleh mention saya di twitter (@befarhanah) atau FB (Ukhti Nur Farhanah) saya akan beri no. telefon penjual tu, Insyaallah. Dia available dalam warna biru, merah, pink, purple dan coklat kalau saya tak silap ^.^ Perhatian, sesiapa yang ingin beli mushaf ni make sure dia adalah "Malaysian" ya, sebab kakak penjual ni hanya membuat jualan di Malaysia :)

K, Assalamualaikum hehe.






Tuesday, April 03, 2012

Bila hati terasa sunyi zikir dan Al-quranlah menjadi penghibur hati ini.....bila diriku menangis kerana banyaknya dosa solat taubatlah yang menjadi diriku tenang dan kembali padamu.....tangisan air mata keinsafan terukir didalam hati yang kotor selama ini....kupohon keampunanmu ya Rabbi :')

Sunday, April 01, 2012

I asked, Allah gave me.............

Bismillahirahmanirrahim....

I asked for strength, and Allah gave me diffilculties to make me strong...

I asked for wisdom, and Allah gave me problems to solve...

I asked prosperity, and Allah gave me the brain and brawn to work...

I asked for courage, and Allah gave me danger to overcome...

I asked for love, and Allah gave me troubled people to help...

I asked for favours, and Allah gave me opportunities...

Eventhough, I received nothing that I wanted,
      But, I received everything that I needed ^.^

Allah knows what's the best for us, so don't be sad and stop complaining, just say "Alhamdulillah" :')

Assalamualaikum, xx

-@befarhanah



Aku ingin menjadi solehah ^.^

Bismillahirahmanirrahim...

Aku ingin menjadi hamba Allah yang solehah. Yang tidak pernah melakukan perkara-perkara yg dilarangnya, dan sentiasa beribdat kepadanya, yang sentiasa mencintaiNya setiap masa, dan sentiasa memujaNya.

Aku ingin menjadi anak yang solehah, yang tidak melawan cakap ibu bapaku, yang patuh dan taat pada perintah mereka, yang sentiasa membahagiakan mereka dengan kejayaanku, dan sentiasa menghormati mereka.

Aku juga ingin menjadi isteri yang solehah, yang taat kepada suamiku, yang akan membimbing antara satu sama lain, yang akan menerima dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri, dan saling sayang menyayangi :p hehehe. 

Insyaallah! I will try my best, do help me Allah :')

Assalamualaikum, xx

-@befarhanah