Thursday, April 19, 2012

Bila baru mahu berubah?


Assalamualaikum! :)

Berdasarkan tajuk di atas saya nak bercakap pasal "Perubahan" ^.^

Bila lah mahu berubah wahai saudara Islam ku? Hidup kita ni bukannya lama, bila-bila sahaja Allah boleh tarik nyawa kita. Baru-baru ni saya ada menonton sebuah video tentang seorang pemain bola yang dicabut nyawanya ketika sedang dalam perlawanan bola sepak. Sumpah, saya sangat tersentuh, lepas tu terus terfikir, bagaimana kalau Allah jemput saya lepas ni? Bagaimana kalau selepas ni giliran saya? Atau giliran kamu? Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk kembali ke jalan-Nya. Jadi apa salahnya kita berubah?

Solat
Perkara yang pertama yang perlu diubah adalah solat. Tolonglah solat. Solat itu sebenarnya perkara yang indah dan mudah. Solat tu boleh mencegah diri kita dari melakukan kemungkaran lagipun solat boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Banyak sebenarnya kebaikan solat ni. You can search it on google hehe. Tapi......banyak juga keburukannya bila kita meninggalkan solat ni.

Rasulullah S.A.W bersabda ; "Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan." H.R. Attabrani 

Aurat
Yang kedua, adalah AURAT! Bila bercakap pasal aurat, semua mesti terfikir pasal perempuan kan? Sebab perempuan memang WAJIB tutup aurat! Aurat wanita adalah kesemua anggota badan kecuali  MUKA & TAPAK TANGAN. So yeah, kaki itu juga adalah aurat, jadi ia wajib ditutup. Saya tahu banyak cabarannya, terutama cuaca yang panas sekarang ni. Tapi tak pe lah, demi cinta pada yang Esa, kita mesti berkorban. Lagipun ini untuk kebaikan diri sendiri dan juga keluarga kita sendiri. Pernah dengar ayat ni ; "Selangkah anak perempuan keluar rumah tanpa menutup auratnya dengan sempurna, maka selangkah itulah ayahnya hampir ke neraka." Kesian ayah kita kan, just because of us, dorang pun turut involved :(
Tapi bagi yang sudah tutup aurat tu, janganlah tutup separuh-separuh, maksud saya pakai baju lengan pendek, tudung singkat dll. Dan jangan lah pula ketat-ketat. Tak comel, lagipun berdosa sayangku :(

Allah berfirman,
 "Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Qs. Al-Ahzab: 59).

Pergaulan
Yang seterusnya adalah pergaulan. Kita sebagai muslimah mestilah menjaga maruah diri kita sebab muslimah ni "mahal"! Hanya orang yang layak saja yang boleh mendekatinya. Tidak kiralah di alam amay mahupun di dunia nyata kita wajib menjaga pergaulan kita. Jangan senang-senang saja memberi peluang kepada lelaki untuk mendekati kita, buruk padahnya. Walaupun ada urusan penting, kita mesti berhati-hati sebab nanti timbul fitnah ataupun zina hati. 


“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." -Surah An-Nur, 30.

Niat saya untuk menulis entry ni adalah untuk mentarbiyah sahabat lain dan juga diri yang hina ni. Sebab saya hanya manusia biasa, selalu lupa dan terpedaya dengan bisikan syaitan. Sama-sama kita muhasabah diri, Insyaallah dipermudahkan oleh Allah, Insyaallah ^.^

Kata-kata terakhir dari saya,

"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... InsyaALLAH... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.."  -Ustaz Azhar Idrus :)


                                                                                                                                             -@befarhanah