Friday, April 13, 2012

Hijrahku ♥


Bismillahirahmanirrahim....

Pada zaman sekarang ni, macam-macam telah berlaku kepada umat Islam, terutama sekali golongan remaja. Remaja zaman sekarang seolah-olah telah dikaburi mata mereka oleh budaya-budaya dari barat...saya faham, sebab diri saya sendiri pun remaja, bahkan baru berumur 14 tahun dan Insyaallah akan meningkat kepada 15 pada bulan December tahun ni. Hehe, Saya sendiri pernah mengalami dan merasa apa yang berlaku pada remaja zaman sekarang.

Saya juga dulu jahil tentang ilmu agama, hanya sekadar tahu beberapa perkara saja. Saya juga sering membuka  aurat di hadapan semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita, saya juga sering meninggalkan solat tanpa berasa bersalah walau sedikit pun, tapi Alhamdulillah, Allah telah pun memberi hidayah dan petunjuk kepada saya.

Saya tahu disebalik sejarah silam saya yang hitam tu, terdapat himah-hikmah yang indah yang terselit :) Dari situ saya sedar yang hidayah tu perlu dicari bukannya ditunggu! Kalau saya tunggu, entah bila baru saya memulakan penghijrahan saya ni. Tidak perlu berubah secara mendadak sebab saya sendiri pun mengambil masa berbulan-bulan untuk menyesuaikan diri sebab banyak cabarannya! Allah nak uji kita, adakah berbaloi untuk kita diberi Hidayah oleh Yang Esa? :)

Wahai muslimah, hijrahkanlah diri mu sebaik mungkin, walaupun susah, tapi atleast kamu try okay! Yang penting usaha! Kalau tak usaha mcam mana mahu berjaya? Bak kata Ustaz Azhar Idrus  : "Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut." 


Kepada muslimah yang sudah pun berhijrah, kekalkan istiqamah, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua ^.^ Assalamualaikum.....


Salam sayang, 
-@befarhanah :)