Monday, May 14, 2012

Puisi : Si Gadis Bertudung Labuh.

Bismillahirahmanirrahim..


Wahai gadis bertudung labuh,
Cantikmu umpama bidadari,
Hatimu sesuci debu,
Wajahmu seindah bunga di taman-taman yang menenangkan hati..

Wahai gadis bertudung labuh,
Cintamu terhadap Sang Ilahi amatlah tinggi,
Pengorbananmu tidak berbelah bagi,
Itulah bukti cinta sejati..

Wahai gadis bertudung labuh,
Maruahmu terpelihara,
Umpama pohon semalu,
Yang menjadi teladan hidupmu..

Wahai gadis yang bertudung labuh,
Walaupun dirimu dicemuhi,
Namun hati dan jiwamu tetap teguh mengahapi cabaran,
Biarlah kekuatan itu menjadi pelindung bagi dirimu,
Semoga engkau diberkahi Allah, Amin..

Idea asal,

@befarhanah/ Pengemis Cinta Ilahi.

Puisi : Cinta ♥


Bismillahirahmanirrahim......

Demi cintaku pada Sang Ilahi,
Ku sanggup menunggumu,
Sekiranya engkaulah yang tercatat di Luh Mahfuz ku.


Kerana aku menginginkan cinta yang halal,
Cinta yang mendapat redha Sang Pencipta,
Bukannya mendapat kemurkaan dari-Nya.


Kemanisan cinta itu hanya layak dirasakan,
Selepas lafaz "Aku terima nikahnya",
Kerana Allah akan mengirimkan perasaan kasih dan sayang antara kita.


Tiada lain yang ku inginkan,
Selain cinta yang halal darimu,
Wahai bakal imamku,
Aku sanggup menantimu, 
Agar engkau boleh menjadi pelengkap bagi segala kekuranganku,
Semoga kita dipertemukan,
Di jinjang pelamin, Amin 


Idea asal, 
@befarhanah / Pengemis Cinta Ilahi xx

Friday, May 11, 2012

KAWAN ♥


Assalamualaikum readers, apa khabar? Hehe

Semua orang mesti ada kawan kan? Tipu lah kalau tiada..kawan ni kita boleh anggap macam keluarga kita sendiri, di mana-mana mesti ada kawan, kadang-kadang kalau nak pergi tandas pun kena ada kawan :p hihi. Sebab tu lah, peranan kawan ni  penting..kebanyakan aktiviti yang kita lakukan mesti diatas pengaruh kawan, kalau kawan kita tu baik, kita pun baik lah, kalau kawan kita tu jahat, maka jahat lah kita. Sebab tu kena cari kawan yang baik-baik ^.^

Tapi kalau ada kawan kita tu yang tidak berapa baik, nasihatkan lah dia. Tidak salah pun, malah amat digalakkan sebab nasihat-menasihati tu amalan yang mulia, sebab mana ada manusia yang perfect kan? Kawan ni merupakan satu nikmat juga...

Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur sekiranya Allah kirimkan kita seorang kawan yang soleh/solehah. 

"Selemah-lemah manusia ialah org yg tak boleh mencari sahabat & org yg lebih lemah dari itu ialah org yg mensia-siakan shbat yg telah dicari." -Saidina Ali 

"Hargai setiap pertemuan yang dimiliki..kerana mungkin pertemuan itu adalah diarancang oleh Allah s.w.t..
Kawan ada dimana-mana tetapi sahabat sukar dicari bila dimiliki jangan disakiti." In Sya Allah :)

 "Sahabat yang baik dan bertaqwa akan memimpin tangan anda ke syurga Allah, manakala sahabat yang sebaliknya akan menarik anda ke neraka."

Salam sayang, 

@befarhanah

Tuesday, May 08, 2012

Hanya hamba Allah..



Aku hanyalah insan biasa, yang punyai cacat cela yang tersembunyi di sebalik hijabku ini..andai diriku ada berbuat salah, mengguris hati sesiapa tanpa sedar..usahlah mencemuhku, usahlah membenciku  tetapi nasihatkanlah  aku dengan hikmah supaya kembali ke arah yang diredhai Allah..✿~