Demi cintaku pada Sang Ilahi,
Ku sanggup menunggumu,
Sekiranya engkaulah yang tercatat di Luh Mahfuz ku.
Kerana aku menginginkan cinta yang halal,
Cinta yang mendapat redha Sang Pencipta,
Bukannya mendapat kemurkaan dari-Nya.
Kemanisan cinta itu hanya layak dirasakan,
Selepas lafaz "Aku terima nikahnya",
Kerana Allah akan mengirimkan perasaan kasih dan sayang antara kita.
Tiada lain yang ku inginkan,
Selain cinta yang halal darimu,
Wahai bakal imamku,
Aku sanggup menantimu,
Agar engkau boleh menjadi pelengkap bagi segala kekuranganku,
Semoga kita dipertemukan,
Di jinjang pelamin, Amin ♥
Idea asal,
@befarhanah / Pengemis Cinta Ilahi xx