Friday, May 11, 2012

KAWAN ♥


Assalamualaikum readers, apa khabar? Hehe

Semua orang mesti ada kawan kan? Tipu lah kalau tiada..kawan ni kita boleh anggap macam keluarga kita sendiri, di mana-mana mesti ada kawan, kadang-kadang kalau nak pergi tandas pun kena ada kawan :p hihi. Sebab tu lah, peranan kawan ni  penting..kebanyakan aktiviti yang kita lakukan mesti diatas pengaruh kawan, kalau kawan kita tu baik, kita pun baik lah, kalau kawan kita tu jahat, maka jahat lah kita. Sebab tu kena cari kawan yang baik-baik ^.^

Tapi kalau ada kawan kita tu yang tidak berapa baik, nasihatkan lah dia. Tidak salah pun, malah amat digalakkan sebab nasihat-menasihati tu amalan yang mulia, sebab mana ada manusia yang perfect kan? Kawan ni merupakan satu nikmat juga...

Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur sekiranya Allah kirimkan kita seorang kawan yang soleh/solehah. 

"Selemah-lemah manusia ialah org yg tak boleh mencari sahabat & org yg lebih lemah dari itu ialah org yg mensia-siakan shbat yg telah dicari." -Saidina Ali 

"Hargai setiap pertemuan yang dimiliki..kerana mungkin pertemuan itu adalah diarancang oleh Allah s.w.t..
Kawan ada dimana-mana tetapi sahabat sukar dicari bila dimiliki jangan disakiti." In Sya Allah :)

 "Sahabat yang baik dan bertaqwa akan memimpin tangan anda ke syurga Allah, manakala sahabat yang sebaliknya akan menarik anda ke neraka."

Salam sayang, 

@befarhanah