Bismillahirahmanirrahim..
Wahai gadis bertudung labuh,
Cantikmu umpama bidadari,
Hatimu sesuci debu,
Wajahmu seindah bunga di taman-taman yang menenangkan hati..
Wahai gadis bertudung labuh,
Cintamu terhadap Sang Ilahi amatlah tinggi,
Pengorbananmu tidak berbelah bagi,
Itulah bukti cinta sejati..
Wahai gadis bertudung labuh,
Maruahmu terpelihara,
Umpama pohon semalu,
Yang menjadi teladan hidupmu..
Wahai gadis yang bertudung labuh,
Walaupun dirimu dicemuhi,
Namun hati dan jiwamu tetap teguh mengahapi cabaran,
Biarlah kekuatan itu menjadi pelindung bagi dirimu,
Semoga engkau diberkahi Allah, Amin..
Idea asal,
@befarhanah/ Pengemis Cinta Ilahi.
Monday, May 14, 2012
Puisi : Cinta ♥
Demi cintaku pada Sang Ilahi,
Ku sanggup menunggumu,
Sekiranya engkaulah yang tercatat di Luh Mahfuz ku.
Kerana aku menginginkan cinta yang halal,
Cinta yang mendapat redha Sang Pencipta,
Bukannya mendapat kemurkaan dari-Nya.
Kemanisan cinta itu hanya layak dirasakan,
Selepas lafaz "Aku terima nikahnya",
Kerana Allah akan mengirimkan perasaan kasih dan sayang antara kita.
Tiada lain yang ku inginkan,
Selain cinta yang halal darimu,
Wahai bakal imamku,
Aku sanggup menantimu,
Agar engkau boleh menjadi pelengkap bagi segala kekuranganku,
Semoga kita dipertemukan,
Di jinjang pelamin, Amin ♥
Idea asal,
@befarhanah / Pengemis Cinta Ilahi xx
Friday, May 11, 2012
KAWAN ♥
Semua orang mesti ada kawan kan? Tipu lah kalau tiada..kawan ni kita boleh anggap macam keluarga kita sendiri, di mana-mana mesti ada kawan, kadang-kadang kalau nak pergi tandas pun kena ada kawan :p hihi. Sebab tu lah, peranan kawan ni penting..kebanyakan aktiviti yang kita lakukan mesti diatas pengaruh kawan, kalau kawan kita tu baik, kita pun baik lah, kalau kawan kita tu jahat, maka jahat lah kita. Sebab tu kena cari kawan yang baik-baik ^.^
Tapi kalau ada kawan kita tu yang tidak berapa baik, nasihatkan lah dia. Tidak salah pun, malah amat digalakkan sebab nasihat-menasihati tu amalan yang mulia, sebab mana ada manusia yang perfect kan? Kawan ni merupakan satu nikmat juga...
Oleh itu, kita sepatutnya bersyukur sekiranya Allah kirimkan kita seorang kawan yang soleh/solehah.
"Selemah-lemah manusia ialah org yg tak boleh mencari sahabat & org yg lebih lemah dari itu ialah org yg mensia-siakan shbat yg telah dicari." -Saidina Ali
"Hargai setiap pertemuan yang dimiliki..kerana mungkin pertemuan itu adalah diarancang oleh Allah s.w.t..
Kawan ada dimana-mana tetapi sahabat sukar dicari bila dimiliki jangan disakiti." In Sya Allah :) "Sahabat yang baik dan bertaqwa akan memimpin tangan anda ke syurga Allah, manakala sahabat yang sebaliknya akan menarik anda ke neraka."
Salam sayang,
@befarhanah
Tuesday, May 08, 2012
Hanya hamba Allah..
Aku hanyalah insan biasa, yang punyai cacat cela yang tersembunyi di sebalik hijabku ini..andai diriku ada berbuat salah, mengguris hati sesiapa tanpa sedar..usahlah mencemuhku, usahlah membenciku tetapi nasihatkanlah aku dengan hikmah supaya kembali ke arah yang diredhai Allah..✿~
Friday, April 27, 2012
Online business? :/
Assalamualaikum readers!
Bismillahirahmanirrahim...
K, tiba-tiba pula saya terfikir nak buat online business. Saya nak jual pakaian saya yang dulu, yang dah tak muat, dan juga shawl saya...manalah tahu ada orang yang berminat kan? :) Boleh juga saya tolong ibu saya ringankan beban dia, sekurang-kurangnya saya boleh beli sesuatu dengan menggunakan duit saya sendiri, Insyaallah.
Insyaallah, saya akan buat satu lagi blog khas untuk jualan saya pada masa yang terdekat ni. Tapi, ada masalah kecik, harap-harap dipermudahkan oleh Allah, Amin. Assalamualaikum :D
-@befarhanah
Bismillahirahmanirrahim...
K, tiba-tiba pula saya terfikir nak buat online business. Saya nak jual pakaian saya yang dulu, yang dah tak muat, dan juga shawl saya...manalah tahu ada orang yang berminat kan? :) Boleh juga saya tolong ibu saya ringankan beban dia, sekurang-kurangnya saya boleh beli sesuatu dengan menggunakan duit saya sendiri, Insyaallah.
Insyaallah, saya akan buat satu lagi blog khas untuk jualan saya pada masa yang terdekat ni. Tapi, ada masalah kecik, harap-harap dipermudahkan oleh Allah, Amin. Assalamualaikum :D
-@befarhanah
Monday, April 23, 2012
Jom bertakwa kepada Allah ^.^
Bertakwa kepada Allah bermaksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah S.W.T dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangannya :)
Takwa merupakan bekalan hidup yang paling baik dalam kehidupan manusia sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah di atas ^.^
Ciri-ciri mukmin yang bertakwa adalah ;
- a) beriman dan beramal dengan ajaran Al-Quran
- b) mendirikan solat lima waktu.
- c) memberikan sebahagian rezeki ke jalan Allah.
- d) beriman kepada hari akhirat.
Kelebihan-kelebihan orang yang bertakwa ;
- 1. Dikasihi dan diredhai oleh Allah.
- 2. Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
- 3. Dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat.
- 4. Sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian hidup.
- 5. Memiliki akhlak yang mulia dan emnjadi contoh teladan kepada orang lain.
Ciri-ciri pelajar yang bertakwa ;
- Rajin membaca dan mengulang kaji di rumah.
- Menunaikan solat lima waktu pada waktunya.
- Sentiasa dan memahami Al-Quran.
- Berakhlak mulia dalam pergaulan.
- Meninggalkan perkara yang mendorong melakukan maksiat kepada Allah.
- Rajin menolong ibu bapa.
Sama-sama kita bertakwa kepada Allah okay, Insyaallah :)
-@befarhanah
Thursday, April 19, 2012
Bila baru mahu berubah?
Assalamualaikum! :)
Berdasarkan tajuk di atas saya nak bercakap pasal "Perubahan" ^.^
Bila lah mahu berubah wahai saudara Islam ku? Hidup kita ni bukannya lama, bila-bila sahaja Allah boleh tarik nyawa kita. Baru-baru ni saya ada menonton sebuah video tentang seorang pemain bola yang dicabut nyawanya ketika sedang dalam perlawanan bola sepak. Sumpah, saya sangat tersentuh, lepas tu terus terfikir, bagaimana kalau Allah jemput saya lepas ni? Bagaimana kalau selepas ni giliran saya? Atau giliran kamu? Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk kembali ke jalan-Nya. Jadi apa salahnya kita berubah?
Solat
Perkara yang pertama yang perlu diubah adalah solat. Tolonglah solat. Solat itu sebenarnya perkara yang indah dan mudah. Solat tu boleh mencegah diri kita dari melakukan kemungkaran lagipun solat boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Banyak sebenarnya kebaikan solat ni. You can search it on google hehe. Tapi......banyak juga keburukannya bila kita meninggalkan solat ni.
Rasulullah S.A.W bersabda ; "Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan." H.R. Attabrani
Aurat
Yang kedua, adalah AURAT! Bila bercakap pasal aurat, semua mesti terfikir pasal perempuan kan? Sebab perempuan memang WAJIB tutup aurat! Aurat wanita adalah kesemua anggota badan kecuali MUKA & TAPAK TANGAN. So yeah, kaki itu juga adalah aurat, jadi ia wajib ditutup. Saya tahu banyak cabarannya, terutama cuaca yang panas sekarang ni. Tapi tak pe lah, demi cinta pada yang Esa, kita mesti berkorban. Lagipun ini untuk kebaikan diri sendiri dan juga keluarga kita sendiri. Pernah dengar ayat ni ; "Selangkah anak perempuan keluar rumah tanpa menutup auratnya dengan sempurna, maka selangkah itulah ayahnya hampir ke neraka." Kesian ayah kita kan, just because of us, dorang pun turut involved :(Tapi bagi yang sudah tutup aurat tu, janganlah tutup separuh-separuh, maksud saya pakai baju lengan pendek, tudung singkat dll. Dan jangan lah pula ketat-ketat. Tak comel, lagipun berdosa sayangku :(
Allah berfirman,
"Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Qs. Al-Ahzab: 59).
Pergaulan
Yang seterusnya adalah pergaulan. Kita sebagai muslimah mestilah menjaga maruah diri kita sebab muslimah ni "mahal"! Hanya orang yang layak saja yang boleh mendekatinya. Tidak kiralah di alam amay mahupun di dunia nyata kita wajib menjaga pergaulan kita. Jangan senang-senang saja memberi peluang kepada lelaki untuk mendekati kita, buruk padahnya. Walaupun ada urusan penting, kita mesti berhati-hati sebab nanti timbul fitnah ataupun zina hati.
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." -Surah An-Nur, 30.
Niat saya untuk menulis entry ni adalah untuk mentarbiyah sahabat lain dan juga diri yang hina ni. Sebab saya hanya manusia biasa, selalu lupa dan terpedaya dengan bisikan syaitan. Sama-sama kita muhasabah diri, Insyaallah dipermudahkan oleh Allah, Insyaallah ^.^
Kata-kata terakhir dari saya,
"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa... Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... InsyaALLAH... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.." -Ustaz Azhar Idrus :)
-@befarhanah
Monday, April 16, 2012
Orang yang cantik tu macam mana? :)
Bismillahirahmanirrahim...
Orang yang cantik itu ;
1. Melukis kekuatan melalui masalah
2. Tersenyum disaat tertekan
3. Tertawa disaat hati sedang menangis
4. Tabah disaat terhina
5. Mempersona kerana memaafkan
6. Mengasihi tanpa balasan
7. Bertambah kuat di dalam doa
Ya Allah! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah aku cantik dimata-Mu :')
Assalamualaikum ^.^
-@befarhanah
Orang yang cantik itu ;
1. Melukis kekuatan melalui masalah
2. Tersenyum disaat tertekan
3. Tertawa disaat hati sedang menangis
4. Tabah disaat terhina
5. Mempersona kerana memaafkan
6. Mengasihi tanpa balasan
7. Bertambah kuat di dalam doa
Ya Allah! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah aku cantik dimata-Mu :')
Assalamualaikum ^.^
-@befarhanah
Friday, April 13, 2012
Hijrahku ♥
Bismillahirahmanirrahim....
Pada zaman sekarang ni, macam-macam telah berlaku kepada umat Islam, terutama sekali golongan remaja. Remaja zaman sekarang seolah-olah telah dikaburi mata mereka oleh budaya-budaya dari barat...saya faham, sebab diri saya sendiri pun remaja, bahkan baru berumur 14 tahun dan Insyaallah akan meningkat kepada 15 pada bulan December tahun ni. Hehe, Saya sendiri pernah mengalami dan merasa apa yang berlaku pada remaja zaman sekarang.
Saya juga dulu jahil tentang ilmu agama, hanya sekadar tahu beberapa perkara saja. Saya juga sering membuka aurat di hadapan semua orang, tidak kira lelaki mahupun wanita, saya juga sering meninggalkan solat tanpa berasa bersalah walau sedikit pun, tapi Alhamdulillah, Allah telah pun memberi hidayah dan petunjuk kepada saya.
Saya tahu disebalik sejarah silam saya yang hitam tu, terdapat himah-hikmah yang indah yang terselit :) Dari situ saya sedar yang hidayah tu perlu dicari bukannya ditunggu! Kalau saya tunggu, entah bila baru saya memulakan penghijrahan saya ni. Tidak perlu berubah secara mendadak sebab saya sendiri pun mengambil masa berbulan-bulan untuk menyesuaikan diri sebab banyak cabarannya! Allah nak uji kita, adakah berbaloi untuk kita diberi Hidayah oleh Yang Esa? :)
Wahai muslimah, hijrahkanlah diri mu sebaik mungkin, walaupun susah, tapi atleast kamu try okay! Yang penting usaha! Kalau tak usaha mcam mana mahu berjaya? Bak kata Ustaz Azhar Idrus : "Macam makanan, kalau tak suap ia tak masuk sendiri ke dalam mulut."
Kepada muslimah yang sudah pun berhijrah, kekalkan istiqamah, semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua ^.^ Assalamualaikum.....
Salam sayang,
-@befarhanah :)
Thursday, April 05, 2012
Allah itu Maha Pendengar, Alhamdulillah :')
Bismillahrahmanirrahim...
Assalamualaikum readers! Barakallahu fika :)
Alhamdulillah, Allah sudah makbulkan doa saya dengan memberikan saya rezeki dari-Nya iaitu Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid ^.^
Assalamualaikum readers! Barakallahu fika :)
Alhamdulillah, Allah sudah makbulkan doa saya dengan memberikan saya rezeki dari-Nya iaitu Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita Tajwid ^.^
Kenapa saya nak sangat Quran ni? Sebab Quran ni sangat comel dan mempunyai sejarah-sejarah wanita terdahulu seperti para isteri Nabi supaya saya boleh mengambil iktibar dan memperbaiki diri saya ke arah yg lebih baik lagi (Insyaallah) macam dekat bawah ni ;
oh, dan satu lagi sebab saya suka Quran ni adalah sebab dia..................berwarna pink :D Allahu, Allah saja tahu betapa saya suka warna pink!
Lepas tu, dalam dia pun comel juga :)
Saya memang bersyukur sangat-sangat bila Allah makbulkan doa saya!
Mula-mula sekali, kakak penjual tu ada hantar message dengan saya di FB dia kata "Salam dik, dah dapat ke mushaf? smlm dorang dah pos" Saya pun terkejut sebab, saya dah tunggu selama 2 minggu. Lepas tu, saya call ibu saya, ibu saya kata dah sampai :D Saya terus buat sujud syukur...sesungguhnya Allah itu Maha Pendengar, setiap doa hambanya pasti dimakbulkan, Dengan Izin-Nya :') Just don't stop praying! Jaga solat k! Hehe
So, If ada sesiapa yang berminat boleh mention saya di twitter (@befarhanah) atau FB (Ukhti Nur Farhanah) saya akan beri no. telefon penjual tu, Insyaallah. Dia available dalam warna biru, merah, pink, purple dan coklat kalau saya tak silap ^.^ Perhatian, sesiapa yang ingin beli mushaf ni make sure dia adalah "Malaysian" ya, sebab kakak penjual ni hanya membuat jualan di Malaysia :)
K, Assalamualaikum hehe.
Tuesday, April 03, 2012
Sunday, April 01, 2012
I asked, Allah gave me.............
Bismillahirahmanirrahim....
I asked for strength, and Allah gave me diffilculties to make me strong...
I asked for wisdom, and Allah gave me problems to solve...
I asked prosperity, and Allah gave me the brain and brawn to work...
I asked for courage, and Allah gave me danger to overcome...
I asked for love, and Allah gave me troubled people to help...
I asked for favours, and Allah gave me opportunities...
Eventhough, I received nothing that I wanted,
But, I received everything that I needed ^.^
Allah knows what's the best for us, so don't be sad and stop complaining, just say "Alhamdulillah" :')
Assalamualaikum, xx
-@befarhanah
I asked for strength, and Allah gave me diffilculties to make me strong...
I asked for wisdom, and Allah gave me problems to solve...
I asked prosperity, and Allah gave me the brain and brawn to work...
I asked for courage, and Allah gave me danger to overcome...
I asked for love, and Allah gave me troubled people to help...
I asked for favours, and Allah gave me opportunities...
Eventhough, I received nothing that I wanted,
But, I received everything that I needed ^.^
Allah knows what's the best for us, so don't be sad and stop complaining, just say "Alhamdulillah" :')
Assalamualaikum, xx
-@befarhanah
Aku ingin menjadi solehah ^.^
Bismillahirahmanirrahim...
Aku ingin menjadi hamba Allah yang solehah. Yang tidak pernah melakukan perkara-perkara yg dilarangnya, dan sentiasa beribdat kepadanya, yang sentiasa mencintaiNya setiap masa, dan sentiasa memujaNya.
Aku ingin menjadi anak yang solehah, yang tidak melawan cakap ibu bapaku, yang patuh dan taat pada perintah mereka, yang sentiasa membahagiakan mereka dengan kejayaanku, dan sentiasa menghormati mereka.
Aku juga ingin menjadi isteri yang solehah, yang taat kepada suamiku, yang akan membimbing antara satu sama lain, yang akan menerima dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri, dan saling sayang menyayangi :p hehehe.
Insyaallah! I will try my best, do help me Allah :')
Assalamualaikum, xx
-@befarhanah
Friday, March 30, 2012
Ya Allah, mampukah aku?
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah.
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah..
MAMPU KAH AKU, YA ALLAH? :(
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah.
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.
Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah..
MAMPU KAH AKU, YA ALLAH? :(
Demi Cintaku Pada-Nya...
Aku tidak marah....
Aku tidak cemburu...
kerana kamu bukan hakku...
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...
Yang ingin agar engkau tahu betapa hatiku sudah lama terpaut padamu...
Moga kau bahagia bersama si dia...
Demi cintaku pada Allah, aku sanggup melepaskanmu....
Aku tidak cemburu...
kerana kamu bukan hakku...
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa....
Sungguh senang untuk jatuh cinta...
Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu....
Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini...
Yang ingin agar engkau tahu betapa hatiku sudah lama terpaut padamu...
Moga kau bahagia bersama si dia...
Demi cintaku pada Allah, aku sanggup melepaskanmu....
Wednesday, March 28, 2012
Bismillahirahmanirrahim <3
Yang membuat kita Kuat adalah Doa...
Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah...
Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras...
Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa...
Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian...
Yang membuat kita menjadi yg Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud..
Semua perkara yang kita lakukan hendaklah berlandaskan niat "Lillahitaala" :')
Assalamualaikum....
Yang membuat kita Kuat adalah Doa...
Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah...
Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras...
Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa...
Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian...
Yang membuat kita menjadi yg Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud..
Semua perkara yang kita lakukan hendaklah berlandaskan niat "Lillahitaala" :')
Assalamualaikum....
Tuesday, March 27, 2012
Solatlah wahai saudara Islamku....
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda ;
"Barangsiapa yang mengabaikan solat, maka Allah s.w.t akan mengenakan 12 seksaan keatasnya.."
3 darinya akan dirasainya didunia, antaranya ;
1) Allah S.W.T akan menghilangkan berkat darai usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2) Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3) Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
3 darinya ketika hendak mati, antaranya ;
1) Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2) Dia akan merasa amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3) Dia kan dirisaukan akan hilang imannya.
2) Dia akan merasa amat pedih ketika roh dicabut keluar.
3) Dia kan dirisaukan akan hilang imannya.
3 darinya ketika di dalam kubur, antaranya;
1) Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2) Kuburnya akan menjadi sangat gelap.
3) Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya bertemu.
1) Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2) Kuburnya akan menjadi sangat gelap.
3) Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya bertemu.
3 darinya di hari kiamat, antaranya;
1) hisab di atasnya menjadi sangat berat
2) Allah S.W.T sangat murka kepadanya
3) Di seksa di dalam api neraka.
1) hisab di atasnya menjadi sangat berat
2) Allah S.W.T sangat murka kepadanya
3) Di seksa di dalam api neraka.
Solatlah :(
Balasan bagi orang yang bertakwa :')
Bismillahirahmanirrahim...
30. "Dan dikatakan kepada orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan." Orang yang berbuat baik didunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya, negeri akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa.
31. (Iaitu) syurga 'Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada org yang bertakwa.
32. (Iaitu) orang yang dimatikan dalam keadaan baik, oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salamun Alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan."
-Surah Al-Nahl :')
Thursday, March 22, 2012
Aku bersyukur atas ujianMu, Ya Allah...
Bismillahirahmanirrahim,
Ya Allah, walaupun dugaanMu ini perit, tapi aku tahu ada hikmah hebat yang tersembunyi disebaliknya..
Ya Allah, walaupun dugaanMu ini membuat ku sedih, gembirakanlah aku kembali..
Ya Allah, walaupun dugaanMu ini berat, tapi aku tahu Engkau mempunyai rancangan yang baik untuk diriku..
Ya Allah, kuatkanlah imanku, lapangkan lah dadaku, bukakan lah hati ku untuk menerima segala ujian dariMu..
Ya Allah, tanamkan lah sifat sabar dalam hati ku..
Ya Allah, walaupun dugaanMu ini perit, tapi aku tahu ada hikmah hebat yang tersembunyi disebaliknya..
Ya Allah, walaupun dugaanMu ini membuat ku sedih, gembirakanlah aku kembali..
Ya Allah, walaupun dugaanMu ini berat, tapi aku tahu Engkau mempunyai rancangan yang baik untuk diriku..
Ya Allah, kuatkanlah imanku, lapangkan lah dadaku, bukakan lah hati ku untuk menerima segala ujian dariMu..
Ya Allah, tanamkan lah sifat sabar dalam hati ku..
Amin...
-@befarhanah
Saturday, March 17, 2012
Mushaf Al-Burhan Edisi Wanita ♥
Pada suatu hari, tiba-tiba saya berminat nak beli tafsiran Al-Quran warna pink dan saya terus search di google, pastu saya nampak gambar ni ;
Subhanallah, cantikkan? Bukan sahaja orang dalam gambar tu, Al-Quran tu pun cantik! I want that Quran so badly! The prize is RM 72. I pray everytime I've finished performing solat that one day that Quran will be mine :( Saya dah pernah tanya ibu saya, tapi dia tak izinkan huaaaaaaaaa :( Tapi tidak apa, mesti ada hikmah punye ;) Yang penting jangan putus asa, keep praying Nur Befarhanah Jahran! I know you can!
Ya Allah, aku mohon kepadaMu kurniakanlah aku rezeki untuk membeli Al-Quran itu..Amin Ya Rabbil Ala min...
Assalamualaikum readers! xx
.
Hikmah disebalik rasa syukur terhadap Allah ♥
Rasa syukur membuat hidup kita menjadi indah ♥
Rasa syukur membuat yang sedikit terasa cukup dan berkah ♥
Rasa syukur mengubah apa yang kita miliki saat ini menjadi lebih berharga ♥
Rasa syukur mengubah masalah yang kita miliki menjadi hikmah yang bernilai ♥
Rasa syukur mengubah hidangan sederhana terasa menjadi istimewa ♥
Rasa syukur mengubah rumah yang sempit terasa lapang dannyaman ♥
Rasa syukur mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga ♥
Rasa syukur mengubah kekeruhan suasana menjadi kejernihan ♥
Rasa syukur mengubah yang tidak nyaman menjadi menyenangkan ♥
Rasa syukur mengubah penolakan menjadi penerimaan ♥
Rasa syukur mengubah kebenciaan di hati menjadi kasih sayang ♥
Rasa syukur menciptakan kedamaian dan ketenangan hati ♥
Rasa syukur mengubah emosi menjadi latihan kesabaran ♥
Rasa syukur menjadikan masa lalu sebagai kenangan manis ♥
Rasa syukur menjadikan masa sekarang keindahan dan kesenangan ♥
Rasa syukur menjadikan hari esok penuh harapan ♥
Rasa syukur menciptakan visi ke depan yang penuh harapan ♥
Jadi tunggu apa lagi, jom bersyukur kepada Allah :) Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah.. ♥
Thursday, March 15, 2012
Siapa kata pakai tudung tu tak cantik?
Siapa kata pakai tudung itu tidak cantik? Siapa kata pakai tudung tu membuat kita nampak buruk? Orang yang menutup auratnya dengan sempurna akan menjadi perempuan yang paling cantik di mata Allah. Bukan sahaja di mata Allah, tapi pada mata manusia juga. Bukankah sejuk mata kita apabila melihat seorang wanita yang menutup auratnya dari kepala hingga ke hujung kaki. Mereka nampak seolah-olah macam bidadari dunia ^.^ hehe. Jangan pedulikan orang-orang yang berkata bahawa kamu kelihatan tidak 'cute' apabila memakai tudung. Mungkin pada pandangan mereka tidak, tapi Insyaallah, pada pandangan Allah kamu akan kelihatan sangat 'cute'! Wahai muslimah ku sayang, jangan jadikan manusia sebagai penghalang untuk kamu menjalankan perintah Allah, biarlah dikutuk dan diketawakan di dunia, yang penting kita tidak akan dibakar dan ditertawakan oleh syaitan di akhirat nanti..akhirat itu lebih kekal dari dunia, dan itu adalah pasti! "Seorang muslimah sanggup berpanas di dunia, dari terkena percikan api neraka di akhirat nanti." Pilih lah, dunia atau akhirat, the choice is in your hand :')
Assalamualaikum, xx
Assalamualaikum, xx
Tuesday, March 13, 2012
Aku mencintaimu kerana Allah :)
Rasulullah s.a.w bersabda : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”.
[HR Bukhari dan Muslim]
[HR Bukhari dan Muslim]
Perintah Mendirikan Solat & Bersedekah ♥
Bismillahirahmanirrahim...
Katakanlah Muhammad kepada hamba-hambaKu yg beriman: "Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli atau persahabatan." (Ibrahim ayat: 31)
Bersyukurlah ukhti & akhi....
Bersyukurlah, jangan sibuk merungut, ketika sakit pun kita mesti bersykur juga sebab segala yang Dia rancang pasti ada hikmah, dan jika Allah memberi ujian kepada hamba-hambaNya, itu bermakna Dia menyayangi kita, dan dia rindu untuk mendengar rintihan dan tangisan hambaNya, Dia juga ingin menguji sekuat mana kasih dan sayang kita pada Dia, Subhanallah ♥
"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, Kami pasti akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya, azabKu sangat pedih."
Islam ♥
Islam is like a bird,
The body is the love of Allah S.W.T,
The right wing is the love of jannah,
And the left wing is the fear of the hellfire,
If you take away one of the wings,
Then the body will not fly,
And if you take away the body,
The wings have no use :')
Assalamualaikum xx
The body is the love of Allah S.W.T,
The right wing is the love of jannah,
And the left wing is the fear of the hellfire,
If you take away one of the wings,
Then the body will not fly,
And if you take away the body,
The wings have no use :')
Assalamualaikum xx
Lakukan lah ibadah mu kepadaNya, walaupun terpaksa...
Bertudunglah, walaupun dalam keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan
menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun
menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika
harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk
beribadah, sampai bila nak menunggu? :(
Tidak salah kalau kita mencuba wahai sahabat ku...
Assalamualaikum xx
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan
menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun
menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika
harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk
beribadah, sampai bila nak menunggu? :(
Tidak salah kalau kita mencuba wahai sahabat ku...
Assalamualaikum xx
Subscribe to:
Posts (Atom)